Pages

November 5, 2009

Convert Lokatoo ke PaPaGo X3 = percuma

Klik SINI untuk convert Lokatoo WinCe 5 & 6 mengikut cara mudah versi Sept 2010.

Sebelum ni saya telah beri info bagaimana cara utk convert Lokatoo ke Garmin & kali ini saya akan beri info cara install papago X3 ke Lokatoo. Apa yg lebih menarik, kita boleh menyimpan kedua-duanya (garmin & papago) ke dlm gps set kita & boleh menggunakannya secara berselang-seli. ( tidak boleh digunakan serentak ) Jika anda belum pernah convert lokatoo anda ke garmin, anda boleh cuba convert lokatoo anda ke papago krn saya rasa caranya lebih mudah jika dibandingkan dgn garmin. Jika anda pernah convert ke garmin maka tiada masalah bagi anda utk mengikuti langkah-langkah di bawah :



1. AMARAN : Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada alat Lokatoo anda. Anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan convert Lokatoo anda jika anda tidak yakin anda boleh melakukannya.

2. Sambungkan wayar usb dari set gps ke komputer. Tekan butang on di atas set gps.

3. Sentuh gambar pc di atas skrin gps ( sebelah kiri gambar bateri )

4. 1 small window bertajuk removable disk(G:) akan muncul di skrin pc & klik 'open folder to view files'

5. copy folder bernama guider & simpan di pc anda, bertujuan utk backup jika anda tidak berjaya convert ke papago & anda boleh menggunakan Lokatoo semula.

6. download & install winrar (jika tiada) di SINI

7. Download papago X3 di SINI ( mulai 01.01.2010 link ini menjadi disable atas arahan pihak pengeluar software Papago )

8. anda akan terima file papago & open file tu, anda akan nampak folder papago. Copy paste folder papago ke removable disk(G:)

9. di bawah folder papago tadi juga (step 8 )anda akan nampak folder GPSRunFile.txt & copy paste replace folder tu ke removable disk(G:)

10. Download CEdesktop di SINI ( jika tiada ) rename CEdesktop menjadi dp_Guider & copy paste replace ke folder guider ( sama spt step install garmin )

11. off the gps set & cabut wayar usb di gps.

12. on gps semula, sentuh navigation icon. Gps set akan mengambil masa sedikit ( lebih kurang 10 saat ) sebelum anda akan melihat paparan "M3GPS X3" Tahniah, wow dahsyatnya, kome dah install 1 lagi software kat dlm tu. Tabik hormat dari teman.

Bagaimanapun, step kat atas hanya membolehkan kome menggunakan papago shj. Jika kome nak guna papago & garmin secara berselang-seli atau ikut suka kome le yg mana 1 kome suka, sila abaikan step 9 & teruskan step 10 & di bawah ( jika anda telah melakukan step 9, delete shj folder GPSRunFile.txt itu & teruskan step 10 & di bwh ) :

13. Jika anda ingin menggunakan
garmin sila sentuh navigation icon. The Windows will be started and then hidden. sentuh semula navigation icon and you will see a Windows CE interface. sentuh 2 kali ( cepat-cepat ) pada icon SDMMC, kendian garmin, kendian RunGMXT kendian garmin ( icon spt surat yg berwarna putih, no 4 dari kiri ) & anda dpt melihat paparan garmin.


14. Jika anda ingin menggunakan papago sila sentuh navigation icon. The Windows will be started and then hidden. sentuh semula navigation icon and you will see a Windows CE interface. sentuh 2 kali ( cepat-cepat ) pada icon SDMMC, kendian papago, kendian Navi74800 & anda dpt melihat paparan papago.

15. Jika anda ingin menggunakan lokatoo semula, sila pergi ke step 2, 3, & 4. Cari folder guider & buka folder tu, cari dp_Guider ( logo berbentuk e ) & delete. Jika anda pernah melakukan step 5, cari dp_Guider ( logo berbentuk kereta merah ) copy paste ke folder guider yg terdapat di removable disk(G:) Akhirnya anda telah berjaya kembali ke asal yg pastinya teman tak akan buat.

Sekian, spt biasa kalau dah berjaya sila inform kat komen di bwh, selamat melaram... :)

124 comments:

Anonymous said...

Exorian,

Terima kasih saya dah berjaya menggunakan applikasi papago pd gps lookatoo saya. theking.

exorian said...

terima kasih krn bagitau

Anonymous said...

Exorian,

Mcmana nak update papago punya latest map? TQ. theking.

exorian said...

nak update gi ke http://www.malfreemaps.com/viewtopic.php?f=23&t=3184

Anonymous said...

Dulu aku ada post mcm mana nak install kt blog aku. Sekali ada yg dengki. Isu copyright, bugs dsbnya. Terus aku remove dr blog aku. Aku geram jgk sbb yang ambik keuntungan mcm kena kan bayaran setiap pemasangan, takde plak diorang nak kaco..
Apa pon thank to exorian for sharing..


-Musang

exorian said...

rasanya yg dengki tu mesti org kenakan bayaran, ya la dah ada yg free mesti diaorang tak boleh cari makan sedangkan diaorang pun dpt free, nak untung atas angin.

imam said...

thank q exorian..aku pon dah berjaya convert

exorian said...

tg krn bagitau, teman nak tanya sesiapa yg dah guna papago dgn garmin...yg mana 1 lebih baik? komen sikit..

panamera said...

Exorian.. terimah kasih daun keladi...saya install papago memang menjadi...

Wassalam
Faizal

exorian said...

ambik keladi pakai uniform, tq krn informed

pgu said...

alamak beb.. best giler arr... papago ni.. skrg aku nak download garmin pulak.. BEST BEST.. thanks EXORIAN...

exorian said...

jgn gila udahle, nanti bagi komen yg mana lebih baik..

KS said...

siapa boleh tolong email cedesktop.exe ke tan3ks@gmail.com. Tidak dapat download dari rapidshare lah. terima kasih.

exorian said...

ks...please check ur email

KS said...

exorian, nothing in my email. will you mind to re-send it? Many thanks in advance!

exorian said...

sorry ks, email saya problem, minta tolong exorian lain atau cuba dload semula

Anonymous said...

alhamdulillah...akhirnya saya berja mengarmin dan mempapagokan lakatoo saya yang sebelum ini tidak berapa berguna buat saya..sudah berbulan saya cuba, namun gagal kerana forumer yg lain tdk mahu menurunkan ilmu, malah menuntuh sejumlah wang...tidak seperti saudara...terima kasih banyak saya ucapkan kepada saudara, moga rezeki anda selepas ini akan bertambah hendaknya kerana sudi menurunkan ilmu secara percuma....amin

Anonymous said...

Camana nak exit dari papago tuh?

exorian said...

cara exit papago = sentuh advance settings > system setting > exit ( bwh kanan )

am6_85 said...

saya dh berjaya install papago.sangat memuaskan PAPAGO ni..baru stylo skit ade map mcm PAPAGO ni. Maps lokatoo dah la byk x update. Interface pun x menarik. nk tnya skit,asal suara malay male & female still suara omputih gak? mcmana nk update?

exorian said...

memang x boleh adjust, kalau rajin carile sendiri pastu inform ye, tq...

Penang Guy said...

Fyi that PPG download link is my effort. As a courtesy you should at least inform me just in case I remove it. Anyway no changes so far...

Penang Guy said...

http://forum.lowyat.net/topic/999892/+280

ams said...

Saya skrang guna garmin, masalahnya apabila sampai je lokasi, garmin akan padam sendiri dan gps terpaksa reset, barulah boleh guna semula gps. Saya akan buang garmin ganti dengan papago.

exorian said...

hi Penang Guy, sorry coz not inform u. i dont see Penang Guy's name there but i guest u r csho. Exorians must be very thankful 2 u for yr effort. We'll hope u can share yr idea here. TQ very much, me also cant converted if u keep secret yr ideas. Thanks again...

Penang Guy said...

yes, i'm "csho". i was sharing & dun mind sharing. ;-)

ams said...

Exorian.. terimah kasih. saya install papago memang menjadi...
Papago lebih baik dari garmin TQ so much.

Anonymous said...

salam! TQ saya dah berjaya mempapagokan gps saya menggunakan step yang diberi, cuma nak mintak tolong sapa2 yang dah berjaya download maps untuk update harap dapat email fail tu ke email saya ayos07@yahoo.com. timakasih.

Anonymous said...

salam ! nak tanya kalu x buat step 10 ada masalah x? saya dah buat all step kecuali step 10 sbb x leh download fail CEdesktop...ada masalah x? sapa2 yag ada fail CEdesktop tu harap dapat email ke ayos07@yahoo.com. timakasih.

Anonymous said...

salam! kenapa paparan papago saya x best giler , cuma kuar paparan bentuk peta dan anak panah je..walaupun dah tekan 3D..tension ni...

exorian said...

step no 10 x penting. Kalau dah boleh buka papago, dah ok le tu. Rasanye ayos guna internet dialup & bukan streamyx, sebab tu x bleh dload. cuba pegi dload kat cyber cafe. apa maksud "cuma kuar paparan bentuk peta dan anak panah je" teman x faham.

exorian said...

csho, the word 'guest' should be 'guess' sorry, wrong spelling. Can u help me, my hobby is playing chess. If there any chess or games freeware/apps 4 this device. been searching so long still no answer. thanks in advance.

Anonymous said...

download file rapidshare @ mediafire? maksud saya paparan dia x jadi macm display dlm internet siap ada gambar pokok mcm gambaran sebenar.

Anonymous said...

salam ! x paham pasal cara nak update maps! dah download file MFM-PPG-C091203.exe. dah paste dalam folder maps dalam papago... tapi bila nak rename file x leh..dan bila bukak gps x ada pun dalam switch map? harap dapat bantu.

exorian said...

Csho, i added yr name here http://exorian.blogspot.com/2009/11/convert-lokatoo-ke-papago-x3-percuma.html (step 7) just to appreciate yr effort.

Penang Guy said...

exorian, no prob with typo error & thanks for the mention.

i tried garmin, mio etc... but in the end i prefer ppg over the rest so i just load ppg only. u can try miopocket from http://www.gpspassion.com/forumsen/topic.asp?TOPIC_ID=12303.

exorian said...

gambar pokok tu kita akan nampak slalunya kat simpang flyover mcm kat kl, penang, ipoh, JB. gambar bangunan 3d pulak biasanya kat kl mcm petronas twin tower. Kalau kita ada kat rumah memng kita akan nampak peta aje lain le klau kita ada kat kl itupun bgantung pd map yg kita dload, klau ada, adale & sebaliknya.

Penang Guy said...

not too gud in bahasa abrev. is the question abt loading latest maps? if so i can elaborate.

Anonymous said...

To Anonymous, pasal cara nak update maps!apabila dah download file MFM-PPG-C091203.exe. Buka fail tu, ia akan suruh install. install je sampai habis. Buka my computer> fail system C. Cari fail MFM dan copy.Pastu buka removable disk(G:)> papago > map dan paste dalam tu. Saya dah buat, menjadi.

exorian said...

ada juga exorian lain yg membantu, timacih. Teman ni x celik I.T

Anonymous said...

salam ! To anonymous ! Terima Kasih kerana sudi share pasal cara download map tu ...nak try ni..TQ untuk semua....from ayos07

Anonymous said...

Saya guna nama Anonymous, sebab nama ams tak dapat masuk. Kenapa ye?

exorian said...

ams, guna identiti yg mana 1, google account, open id, name/url?

ams said...

sebelum ni pakai username & passwood, ok jee.

Anonymous said...

exorian, terima kasih.

Anonymous said...

Salam! Bagi semua Exorian, ada komplain tak pasal bunyi enjin kereta exora yg agak bising..terutama ketika on aircond..dah tanya pusat servis proton..dia ckp mmg standard enjin CPS gitu..ada tak cara nak senyapkan skit...huhuhu... sori kuar tajuk skit

exorian said...

rasanya mmg camtu tapi teman x dengar sbb pasang radio kuat...hehehe

Anonymous said...

Dari luar memanglah bunyi kuat sikit apabila pasang aircond tapi kat dalam bunyinya tidaklah sekuat sangat, biasa je dibandingkan dgn viva.

Anonymous said...

Lepas habis install, ade tak setting untuk bila klik kat navigation je akan auto load papago, and xperlu go step by step tu? and if kena remove software asal lokatoo tu, ade cara tak? Btul2 noob nih..baru nak try..
Thank you very much!

exorian said...

sila ikut step 9 = di bawah folder papago tadi juga (step 8 )anda akan nampak folder GPSRunFile.txt & copy paste replace folder tu ke removable disk(G:) kalau dah buat step 9 tu, mmg dia terus pegi papago bila sentuh navigation. tak perlu remove software asal lokatoo.

Anonymous said...

exorian, thanks a lotttt!!! hv finished installed..u r very helpful..may Allah reward u something good in near future =)

Anonymous said...

saya dah ikut step nombor 9, tapi masih tak jadi. Masih tak dapat auto load apabila klik pada navigation.. so macam mana ye? harap dapat membantu....

Hazril said...

lokatoo dapat masa bila ? kalau lepas december 2009 guna wince 6 . kalau tak silap lain sket utk bagi autoload . create satu fail shell.ini . dalam fail tu letak path papago yg exe tu ..

exorian said...

betul gak ckp Hazril tu, mungkin wince 6, sorile klau wince6 teman x penah try. Rasanya Hazril boleh bantu, timacih Hazril.

Anonymous said...

I punya dapat after dec 2009, wince 6... Tak boleh lah, macam mana? please help... i nak guna garmin...

Anonymous said...

syukur alhamdulillah allah saje yg dpt mmbalas nyer dlm ms 2 jam sy dh dpt garmin & papago sok nk try ixo8 lak.....thanks you very much

Anonymous said...

salam dr im......
kelebihan lokatoo
1. bg tau stiap kali jmp spg, garmin x de ppgo pn x de
2. cpt br tau "alternative routing bila msk spg ln, garmin lmbt nk calcuting routing, ppgo pn lmbt gak
3. satellite signal lokatoo & ppgo x hlg, garmin kerap hlg

Anonymous said...

boleh bagi step macam mana nak install papago x3 dalam lokatoo a903..
saya punya version wince 6.. terima kasih.. ataupun kalau boleh email di anwar@innotiiveasia.com :)

Hazril said...

setakat ni saya blom berjaya guna garmin di lokatoo (wince 6) saya . yg lain papago, igo dan mapking okeh . dawnload dulu papago. copy dan paste ke dalam lokatoo. untuk wince 6 saya buat satu fail nama dia shell.ini . dalam fail tu letak \\sdmmc\papago\navi74800.exe . lepas tu reboot balik lokatoo. kemudian klik ke navigation semula .. kalau jadi akan terus ke papago. mekasih..

exorian said...

Hazril, tolong bagi address kat mana nak dpt mapking tu, exorian lain nak juge.....timacih :)

Anonymous said...

ni cara nak buat papago autoload apabila klik pada navigation. Ikut step 9, step no.10 tak perlu ikut. pastu pergi ke folder Guider, copy dp_guider.exe dan dp_guider.txt kemudian paste sahaja dalam folder papago. Itu sahaja. Reboot device dan bila klik pada navigation ia akan terus autoload.

Anonymous said...

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas ilmu yg sdr perturunkan disini. akhirnya saya berjaya juga memasukkan papago kedalam gps lokatoo saya. saya doakan sdr dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. amin

Hazril said...

untuk mapking saya copy dari sd kawan . kemudian gunakan splitter utk redirect port ke com 1 dr com 7 . ada cara utk saya upload ke internet ? besar jugak saiz fail dia selepas di zip dlm 100mb++ . dah try papago X5 ?

Hazril said...

papagox5 boleh dapat di sini . http://www.ppcwarez2.com/phpbb/viewtopic.php?f=78&t=3357&sid=d0ec1ffb01e1f81c551646f1f190349e . kelebihan ialah speed camera warning . keluar di screen . search poi dan satelite pun lebih laju saya rasa .

Anonymous said...

salam bang exorian... boleh tak bagi link Download papago X3 d emel saya pisang_minyak@yahoo.com..

exorian said...

anonymous, dload aje X5 yg hazril bagi kat atas.
Hazril timacih, teman dah berjaya convert ke X5. Utk upload mapking, Hazril guna ni http://www.4shared.com/ free punya, bleh upload sampai 10,000mb

Anonymous said...

link yang yang hazril inform tu disable. Tapi saya ada copy PPG X5 saya dah cuba pakai kat lokatoo tapi tak boleh running just keluar start up papago dan icon X5 warna biru.

Kalau ada sapa-sapa ada cara boleh gak share ataupun ada link yang lain boleh gak dwnload

Anonymous said...

saya dah convert lokatoo saya kepada papago X5. boleh buka. setting semua boleh buat.. cuma masalah nya x5 saya tak dapat cari signal padahal lokatoo device dah detect signal.. siapa dapat membantu.. hazril,, u pakai lokatoo model apa? A900? A1000?

wywy said...

ini link fail papago x5 http://dl.fisier.ro/files/d5l81pro37h8bod/PX5.rar.html

sarip dol said...

any idea mcm mana nak bagi papago x5 blh lock signal... saya guna com1

Anonymous said...

akhirnya....

PApago X5 successfully locking for signal...

http://hazardcall.blogspot.com/

exorian said...

selalu jumpa nama musang pulut kat alam maya forum gps

graya_99 said...

apa beza papago x5 dgn x3?
bagaimana nk lock satelite utk x5

Anonymous said...

sekarang boleh lagi ke nak downlaoad papago

wywy said...

macam mana nak lock signal tu?

kayden said...

Sblum ni I install Garmin XT dalam A900 aku. Ia semua jalan lancar. Skarang I nak tukar gi Papago x5. I dah install smua dah. Tapi signal dia jer yang aku keliru ni. Ia tak dapat detect. Macam ne aku nak dapatkan signal GPS tu?

PS: Sblum ni Garmin guna COM7. Yang Papago aku ni dia guna COM2. Perlukah aku download software ape2 utk configure port dia?

Anonymous said...

macam macam mana nak dapat signal gps guna papago x5? dah convert x5 tapi tak dapat detect signal

Musang Pulut said...

Tak digalakkan guna x5 sbb exit function msih blm dapat diselesaikan dlm kebanyakan model pnd. Wpun dgn button video blh minimise x5 application tp blh menyebabkan run out of memory. Guna dulu x3 buat masa ni...

exorian said...

timacih musang pulut.....good info

wywy said...

Musang Pulut.. tang out of memory tu bermaslah kepada mereka yang menggunakan banyak gps software dan ingin. macam saya guna 1 software je dan jarang guna foto view, mp3 dan sebagainya. Rasanya takde masalah guna x5. cuma macam mana nak lock signal? itu masalahnye.. x5 tak dapat detect signal.. harap dapat membantu

Musang pulut said...

Lokatoo menggunakan com7 tp x5 perlukan com2 sbg gps port.
Saya cadangkan guna gpsgate utk disable com2. Then gunakan portsplitter utk create virtual com2. Maknanya input com7, utk output kena add virtual com 2. Kemudian start.
Selamat mencuba

Anonymous said...

Musang pulut, di mana nak download gpsgate dengan portsplitter tu. macam mana guna kedua-dua software tu? ada panduan tak.. saya ni pengguna amatur je...

Anonymous said...

Lokatoo A903, windows CE 6. Saya telah cuba semua langkah dan juga buat shell.ini, masih tak dapat masuk ke papago x3,
siapa boleh tolong?

musang said...

http://www.sendspace.com/file/1pilpv

Note:
You may apply for evaluation purposes only. If you like it, it is strongly suggested you buy it to support the developers. By any means you may not use to make money or use it for commercial purpose.

fuhima said...

Sy guna Lokatoo A1000, windows CE 6. dah try install Garmin & Papago ikut step di atas tapi satu pun x berjaya. Biler klik Navigation...xde ape2 yg berlaku. Anyone can help?
fuhima@yahoo.com

MySof said...

Go to this forum: http://protonexora.com.my/forum/index.php?topic=1714.0

amanzi said...

As'kum...weh korang semua..aku baru je jumpa blog nie...masalahnyer aku x sempat nk download papago X3 yang dah expired mulai 01.01.2010 tu...ada x sesiapa simpan lagi software papago x3 tu...aku dah cuba download kat tempat lain..ok dapat,, tapi file macam step 8 buka file jumpa file papago, tapi yg aku download nie x der...tolong siapa ada simpan lagi papago yang download sebelom 01.01.2010 tu..burn kan satu hantar ke rumah...aku bagi upah ye?? please!!

exorian said...

amanzi, aku perlukan emel ko, kalau x nak org lain tau emel ko...ko emel je kat aku > exorian@ymail.com

Anonymous said...

Saya baru dapat Lokatoo B1000 untuk kter Alza.. dah cuba step2 diatas dan banyak lagi blok untuk model Lokatoo A900 dan A1000 samada untuk Garmin atau Papago masih belum berjaya.. nak tanya musang dah cuba untuk model B1000 lum.. tlg.... masih belum berjaya... untuk model ini.

exorian said...

Selamat Datang Alza owner, model B1000 adalah keluaran terbaru Lokatoo yg menggunakan WINCE 6...semoga ada geng exorian yg dpt membantu.

Anonymous said...

salam, tima ksaih -berjaye mengpapagokan my lokatoo, cume takleh nak save favorites kenape eh?ade tertinggal step ke?or meamng takleh nak save??minta bantuan...nak kene pegi penang this weekend.thanks

Anonymous said...

salam, berbanyak terima kasih sebab dah dpt memPaPaGo kan Lokatoo. Cuma satu permintaan, camne nak dptkan 'instruction manual'..dah cuba Google tapi takde yg free punye. Harap2 kawan2 disini dapt menguploadkan disini.Terima kasih sekali lagi.

Fazo said...

bro exorian, kalau nak folder "guider" kat dalam lokatoo A903, saya ada upload kat rapidshare. saya ada terbaca sebelum ni bro exorian perlukan shell.dll file. tapi dalam SD card dia mmg takde file tu. so, jemput lah tgk sendri folder 'guider' tu..

http://rapidshare.com/files/394758660/Guider.rar

Anonymous said...

bro exorian,
sapa2 boleh tak tolong send papago x3 kat saya, please....

zdys229@yahoo.com

tq

SAIFUL said...

saya lakatoo a903 wce 6.da try mcm2 spt yg korg discuss.tp xleg upgrade gk.cmne ni? sesape leh tlon...

wywy said...

aku telah berjaya mempapagokan lokatoo aku ngan papago X5SE pula.. pengurusan papagonya lebih baik..

Anonymous said...

camna caranya..boleh konsi tak?

wywy said...

dah ada papago x5se software belum? mudah sahaja caranya.. bagi email.. nanti aku send folder siap dengan arahan sekali nak install ... Tapi arahan tu untuk lokatoo yang guna wince 5.0 ... wince 6.0 mungkin ada skit perbezaan.

Penang Guy said...

can you send me x5se folder & instruction. thanks.

wywy said...

Penang Guy dan kepada yang berminat dengan Papago E5SE... sila download di link berikut :

http://www.sendspace.com/file/3yl0k0

extract file dan baca cara_intall.txt dalam folder tersebut. Selamat mencuba.

mussh said...

Saya ada Lokatoo A903 (WinCE6)telah cuba pelbagai cara yang ditujukkan, tapi masih tidak berjaya..kecewa gak rasa nye..hampir 3mingu kerjakan benda ni.berharap sgt dapat guna masa raya ni...Minta jasa baik tuan sifu & Exorian Guy dapat bantu..email saya mygeomatic@yahoo.com ..link sendspace tidak dapat di download.(the file you requested is not available)sbb berminat dengan Papago E5SE. Tq

Anonymous said...

Tuan, ada tak cara nak convert lokatoo A1000 jadi papago? Kalau ada boleh share.
TQ
Taufik.

exorian said...

apala ko ni..bukanke page ni temptnyer.hehehehe

Anonymous said...

Tuan exorian,
Cara yang tuan bagi tu boleh guna untuk model A1000 win ce 6.0 ke? Kalau boleh mcmana nak dapatkan papago X3?
TQ
Taufik
email saya:
mohdtaufikabubakar@yahoo.com

exorian said...

utk A1000, win ce 6...saya akan cuba ajar lepas raya...tungguuuu

Ishak said...

lokatoo saya B1000 wce6 dapat dengan alza. kalau ikut arahannya sesat banyak kali. nak convert kepada papago atau garmin atau mana2 yg lebih baik tapi semua link dah dinon-aktifkan. ada teman yg boleh bantu? rims.4a@streamyx.com Terima kasih.

azmi said...

Saya telah beli GPS dari China,mcm mana saya nak install papago x5 kedalam gps saya ini,sekarang saya pakai igo yang arahannya saya dapatkan dari blog tuan ini.Blog ini memang banyak membantu,terima kasih tuan.email saya azmi.beluga@gmail.com

wan any said...

salam tuan tanah.
nak mintak bantuan tuan tanah da juga tuan2 sekalian. aku ada GPS,sblm ni pakai i-Go..ala2 GPS kt iPhone la kononnya..hampeh..xbest lgsg,jln KL pn byk xde. pastu aku convert pg GARMIN. mmg terbaik la setakat ni aku pakai. skang ni aku nk try mempapagokan GPS aku ni lak. ada x link yg hidup utk download papago ni??semua mati jer kt atas2 ni. da jenuh da aku menggoogle ni..nk meletup da jari br jumpe blog ni..huhuhu.mintak tolong tuan2 semua. terima kasih klu ada info email ke wan1_andy@yahoo.com

Anonymous said...

wan, ko ni pkai iphone 0r loaktoo???

Anonymous said...

dimana bole dapat papago x3???? siapa boleh tolong kasi saya software ini tak.....

emily said...

nak tanya papago x5 ni boleh ke nak cari tempat guna lat long format wgs8, kalu bole mcm mana nak masukkan

che an said...

As salam semua..nak minta bantuan. Saya pakai lokatoo A900 dan sekarang nak pakai Papago le pulak. Ada sesiapa kat sini yang boleh tolong camne nak buat. Terima kasih buat yang sudi membantu.

MyLoRd said...

Salam,saya dh pus cari software papago dan garmin untuk update GPS saya ni..Sesiapa yg boleh bantu plss send software "Papago" or "garmin" sekali kat saya..Bantuan anda amat dihargai.. tq..

MyLoRd said...

Salam,saya dh pus cari software papago dan garmin untuk update GPS saya ni..Sesiapa yg boleh bantu plss send software "Papago" or "garmin" sekali kat saya email add hell2heavent@yahoo.com ..Bantuan anda amat dihargai.. tq..

Anonymous said...

Assalamualaikum, nasib kita yang terkemudian niserupa hehe, dah puas caya cari Papago x3 tu dimana, Semua software yang bernama Papagox3 saya dload. Sampai peta Taiwan pun tulisan China say dload, tapi tak dapek. Dan yang terakhir GPS lokatoo saya langsung takleh guna sbb fail dlm tu dah bercelaru, try masukkan balik yg saya backup pun kong hahah. Kalau Tuan Exorian boleh bantu saya, boleh tak antarkan ke mail saya myababil@yahoo.com software PapagoX3 tu? Bantuan Tuan amat diperlukan dan terima kasih banyak2, Saya tgk mmg banyak yang telah berjaya disini olih bantuan tuan.Semuga ilmu yang tuan berikan diturunkan kpd lebih ramai org.

Anonymous said...

im already install...everything is ok....but no singal !! help me pls !!! cant find current position !what should i do ?
email me...kokchenphing@hotmail.com
pls pls pls i need help !

Penang Guy said...

http://forum.lowyat.net/topic/999892/+280

Anonymous said...

salam smua.... sy ni bru je nk belajar2 pakai lokatoo proton.... skali tgk post2 kwn2 mcm best je pakai papago ni..... tp sy hadapi masalah nk dpt kan software papago ni.... sy harap kpd mber2 yg ada software papago ni leh share dgn sy ye.... boleh email sy kat nightdream_666@yahoo.com.my....
segala bantuan dari mber2 amatlah dihargai, terima kasih....

normy's closet said...

salam...nak minta tolong... lokatoo saya guna papago,.map da dapat but signal x dapat..mita tolong

aminuddin dahari said...

salam..ade sesiapa leh bagi sy papago punyer software..cari kat internet xdaptla..tolong emailkan kat amin@mslng.com.. tq

OngZ@i M@laYa 77 said...

salam, ada x sesape yg ada sofware papago X3 / X5? pls email kat sy leh? desperate sgt nk convert ni.. fahmi77ak@gmail.com

Anonymous said...

bro tlg bag file papago x3 yang da remove tu, desperate ni..anta kat email nfazree@yahoo.com

MR. ZUL said...

salam, ada siapa2 yg ada latest version tentang cara-cara nak convert lokatoo ke papago x? kalau boleh dengan file2 yg diperlukan sekali. thanks. boleh email ke ahmadzulhusny@gmail.com

Anonymous said...

tolong postkan di sini FAQs. Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...