Pages

September 15, 2009

1Malaysia F1 team = Team Lotus F1

Pasukan yg bergelar Team Lotus F1 ini diuruskan oleh 1Malaysia F1 team Sdn Bhd. Ia mendapat dana hasil sumbangan kerajaan Malaysia, Tune Group kepunyaan Datuk Seri Tony Fernandes & Datuk Kamarudin Meranun serta Naza Motor kepunyaan S.M. Nasarudin. Tony Fernandes dilantik menjadi ketua pasukan manakala Mike Gascoyne yang dikenali dgn gelaran "The Bulldog" dilantik menjadi Pengarah Teknikal. Beliau pernah menjadi Pengarah Teknikal dgn pasukan Jordan, Renault, Toyota, Spyker & Force India. Proses merekabentuk, pembuatan & pandu uji dibuat di Litar Sepang. Bahagian enjin dikendalikan oleh Cosworth, transmisi oleh Xtrac & rekabentuk aerodinamik oleh FondTech. Tetapi yg peliknya nama Team Lotus F1 tapi kenapa Cosworth pulak yg sibuk, Lotus takde pakar ke? transmisi pun nak bagi kat Xtrac!!! Kemana perginya tekonologi Lotus tu? Kita berharap pemandunya nanti dpt kat Fairuz Fauzy. Pasukan baru ini akan mula berlumba pada musim F1 2010.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...